Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
omicron sarawak
omicron sarawak

Varian Omicron kini dominan di Sarawak

KUCHING, 6 Feb: Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesahkan Omicron kini sebagai varian yang dominan di Sarawak.

Pengarahnya, Profesor Dr. David Perera berkata, ini berdasarkan data kadar pengesanan kes positif yang dijalankan pada 3 hingga 26 Januari lalu mendapati sebanyak 78 peratus kes keseluruhan disahkan sebagai varian berkenaan.

Katanya, keputusan itu diperoleh daripada 58 sampel dalam tempoh tersebut yang mana 45 ialah varian Omicron dan 13 pula ialah Delta VoG.

“ Ini menunjukkan bahawa Omicron telah menggantikan Delta sebagai varian yang dominan di Sarawak,” katanya.

Maklumat terbaharu berkenaan turut dilampirkan menerusi laporan terbaharunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Tambahnya, varian itu dikesan menerusi sampel yang diambil di Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri yang mana majoriti kes dikesan berpunca daripada penularan dalam komuniti.

Sehubungan itu, Dr. David yang juga ahli kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 Sarawak (SCoVAG) menasihatkan mereka yang belum mendapatkan dos penggalak supaya segera berbuat demikian.

“Pengambilan dos penggalak diperlukan untuk melindungi diri daripada jangkitan Omicron.

Pada masa sama, kita harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan