Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ismail Sabri wakili Malaysia ucap takziah kepada keluarga Rayan

KUALA LUMPUR, 6 Feb : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.

“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya dalam catatan tersebut, hari ini.

Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan