Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pagi Bebas Kenderaan di Kuching.
Pagi Bebas Kenderaan di Kuching.

Empat jam tiga jalan di Kuching ‘bebas’ kenderaan dan asap

KUCHING, 6 Feb : Penganjuran julung kali program Pagi Bebas Kenderaan di Kuching anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini menyaksikan lebih 500 penduduk tampil menyertai pelbagai aktiviti bertemakan gaya hidup sihat di lokasi penganjuran.

Berdasarkan sambutan memberangsangkan itu, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Infrastruktur DBKU, Mohammad Faisal Adenan berkata, program ini akan diteruskan pada minggu pertama setiap bulan seperti dirancang setelah ‘tergendala” pada tahun lepas.

Katanya, DBKU juga kini sedang menimbangkan untuk meluaskan lagi kawasan di sekitar pusat bandar untuk dimasukkan sebagai lokasi penganjuran program ini.

“Acara hari ini boleh dikatakan sebagai percubaan dan sebab itu kita hanya menutup tiga jalan sahaja di pusat bandar,” katanya kepada TVS selepas program berkenaan berakhir hari ini.

Katanya, pada tahun lepas acara itu hanya sempat dilangsungkan selama dua bulan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi penganjuran Pagi Bebas Kenderaan di Kuching bermula pukul 6 hingga 10 pagi tadi, tiga jalan iaitu Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Pearl dan Jalan Barrack ditutup kepada semua kenderaan untuk membantu mengurangkan kadar pelepasan gas karbon serta kesesakan jalan di samping mahu menggalakkan gaya hidup cergas di kalangan penduduk.

Sejak awal pagi, tinjauan TVS mendapati orang ramai mengambil peluang untuk berbasikal, menyertai larian dan bersantai bersama keluarga masing – masing di kawasan berkenaan yang ‘bebas’ daripada deruan kenderaan selama empat jam.

Semntara itu, orang ramai yang ditemui turut teruja kerana berpeluang menyertai inisiatif berkenaan.

Azri Ali Hassan berkata, kehadirannya ke lokasi program membolehkan dia meluangkan masa bersama anaknya.

” Saya dan anak dapat beriadah dan bebas daripada peranti komunikasi,” katanya.

Bagi Mokhsen Armat pula, dia berharap agar program ini diteruskan kerana mewujudkan suasana meriah serta mempromosikan keharmonian di kalangan warga Kuching.

Sementara itu, Presiden Kelab Berbasikal Tie Dye , Othman Muhammad pula berharap agar laluan yang ditutup untuk program ini dapat ‘ditambah’ pada masa hadapan.

“Bagi kami yang beriadah menggunakan basikal, adalah lebih baik sekiranya dapat melakukan aktiviti berkenaan di laluan yang lebih panjang berbanding yang disediakan pada hari ini,” katanya.

Beberapa bandar raya lain di dunia sebelum ini turut melaksanakan program serupa termasuklah Kuala Lumpur, Jakarta, Brusell dan London. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan