Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SABAH COVID-19
SABAH COVID-19

Sabah catat 909 kes positif baharu COVID-19

KOTA KINABALU, 3 Feb : Sabah terus mencatatkan kenaikan mendadak kes positif baharu COVID-19 pada hari ini apabila sebanyak 909 kes disahkan.

Semalam, negeri ini merekodkan kes baharu sebanyak 476 jangkitan.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan kes baharu hari ini hampir satu kali ganda berbanding semalam.

“Kali terakhir Sabah mencatatkan kes tinggi seperti bilangan pada hari ini ialah kira – kira empat bulan lepas,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Masidi berkata , tiga daerah di Sabah turut mencatatkan kes tiga angka iaitu Sandakan dengan 185, Penampang (115) dan Kota Kinabalu 101 kes.

Katanya, empat kluster pendidikan baharu turut diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang kesemuanya dikesan daripada saringan bergejala yang dijalankan.

Menurutnya sebanyak 900 daripada 909 kes hari ini adalah kategori satu dan dua manakala lima kes dalam kategori tiga.

Selain itu tiga kes dalam kategori empat dan satu kes dalam kategori lima. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan