Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden PEKEMA Sarawak Tan Sri Abang Khalid Marzuki meninggal dunia
Presiden PEKEMA Sarawak Tan Sri Abang Khalid Marzuki meninggal dunia

Presiden PEKEMA Sarawak meninggal dunia

ByNisa Kasnoon

KUCHING, 4 Feb: Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak Tan Sri Abang Khalid Marzuki meninggal dunia pada jam 5.43 pagi Jumaat.

Berusia 74 tahun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, akibat penyakit kanser usus tahap tiga.

Menurut anak perempuannya, Fatma Dewi Khalid,  jenazah Allahyarham akan diuruskan dan dibawa pulang ke kediamannya di Jalan Muda Hashim sebelum disemadikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.

Dewi berkata, pada 25 November lepas bapanya dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Timberland Kuching selepas mengadu sakit perut sebelum didiagnos menghidap kanser usus tahap tiga.

Allahyarham kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Pantai Bangsar pada 15 Disember.

“Bagaimanapun keadaan kesihatannya merosot selepas menjalani pembedahan pada 15 Januari lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman,” ujarnya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dilahirkan pada 19 Ogos 1947, Allahyarham  meninggakan seorang balu, Puan Sri Lily Johari, lapan cucu dan tujuh orang anak.

Semasa hayatnya Abang Khalid menggalas beberapa tanggungjawab termasuk Presiden Persatuan Speak Takraw Sarawak dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Semariang.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan Presiden Yayasan Pekema Cawangan Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan