Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemandu tersepit Honda Civic langgar pokok

ByKhairil Zharif Affindie

MIRI, 4 Feb : Seorang lelaki tersepit selepas kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Curtin Waterpark , Desa Senadin dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng, Mohamad Hamdani Madon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.18 pagi tadi dan sepasukan anggota terus dikejarkan ke tempat kejadian.

“Operasi mengeluarkan mangsa bermula pada pukul 10.35 pagi.

Bomba terpaksa menggunakan peralatan rescue kit untuk membuka pintu kereta jenis Honda Civic itu dan seterusnya mengeluarkan mangsa,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muka selain kaki kanannya juga patah.

Beliau memberitahu, terdapat seorang lagi mangsa dalam kemalangan itu iaitu seorang wanita yang berjaya keluar dari kenderaan itu dan hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka. -TVS

Seorang lelaki tersepit selepas kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Curtin Waterpark , Desa Senadin dekat sini pagi tadi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan