Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menganjurkan 81 acara perniagaan yang dijangka menarik kira-kira 113,700 perwakilan dan menyumbang RM834 juta kepada kesan ekonomi tahun ini.
Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menganjurkan 81 acara perniagaan yang dijangka menarik kira-kira 113,700 perwakilan dan menyumbang RM834 juta kepada kesan ekonomi tahun ini.

MYCEB anjur 81 acara perniagaan, sumbang RM843 juta kepada ekonomi 2022

KUALA LUMPUR, 4 Feb : Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan menganjurkan 81 acara perniagaan yang dijangka menarik kira-kira 113,700 perwakilan dan menyumbang RM834 juta kepada kesan ekonomi tahun ini.

MyCEB dalam satu kenyataan hari ini berkata pembukaan semula sempadan Malaysia kepada pelawat antarabangsa khususnya berkaitan industri acara perniagaan, akan membolehkan aktiviti ekonomi dalam segmen perniagaan, pelaburan, persidangan serta pameran diperkasakan semula.

“Dalam hal ini, MyCEB dan industri acara perniagaan menyokong kenyataan Majlis Pemulihan Nasional (MPN) bahawa kerajaan perlu menetapkan garis masa yang pasti bagi pembukaan sempadan negara untuk memulihkan aktiviti ekonomi termasuk perdagangan, industri, pelaburan dan pelancongan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata membenarkan perwakilan antarabangsa menghadiri aktiviti-aktiviti ini pasti akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penganjur tetapi juga industri dan negara.

“Inisiatif-inisiatif awal kerajaan seperti Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi dan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Singapura-Malaysia (VTL) telah membuktikan bahawa negara boleh bergerak ke arah pembukaan semula secara berhati-hati.

“Apabila acara perniagaan dibenarkan beroperasi pada akhir tahun lepas, kita telah menyaksikan industri ini mula bangkit dengan beberapa acara di seluruh negara,” katanya.

Sejak penubuhannya, MyCEB telah berjaya menganjurkan lebih daripada 2,600 acara dengan kedatangan 1.3 juta perwakilan antarabangsa yang mana, ini diterjemahkan kepada anggaran RM17 bilion kesan ekonomi dari 2010 hingga 2020.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan