Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LABUAN, 5 Julai -- Para petugas vaksinator di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menjalankan ujian pra pelaksanaan program pemvaksinan secara pandu lalu pada persiapan pembukaan pusat itu yang akan bermula esok, ketika tinjauan hari ini.
PPV UMSKAL ini adalah yang pertama dijalankan secara pandu lalu dan akan beroperasi sebagai pemvaksinan COVID-19 dos kedua bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di pulau bebas cukai ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lebih 12.1 juta populasi dewasa Malaysia terima dos penggalak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb : Jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak COVID-19 kini mencecah 12,157,974 orang atau 51.9 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini, setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,927,434 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.1 peratus atau 23,204,846 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,789,988 individu atau 88.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,262 individu atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 100,810 dos diberikan semalam meliputi 2,497 dos pertama, 2,603 bagi dos kedua manakala 95,710 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,743,710 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga di Perak, dua di Kedah manakala masing-masing satu kematian direkodkan di Johor, Kelantan dan Pahang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan