JAKARTA, 4 FebĀ : Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di barat daya Banten, dengan gegaran dirasai di ibu negara.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku pada pukul 5.10 petang waktu Indonesia Barat pada kedalaman 10 km berpusat di 71 km barat daya Bayah-Banten.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. -TVS