Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pulau tambisan, sabah
pulau tambisan, sabah

UTK bertindak balas sekiranya terdapat ancaman di Pantai Timur Sabah – Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 3 Feb : Pasukan Unit Tindakhas (UTK) yang akan ditempatkan di pantai timur Sabah akan menjadi pasukan respons pertama untuk bertindak balas sekiranya terdapat ancaman besar, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pasukan itu akan menentukan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur negeri berkenaan.

“Kami hanya menambah bilangan keanggotaan di sana (pantai timur Sabah) dan peranan mereka (UTK) berbeza dengan PGA (Pasukan Gerakan Am) yang menjaga sempadan.

Pulau Tambisan , di Sabah dikaitkan dengan kehadiran pencerobohan kumpulan bersenjata namun setakat ini tiada pengesahan mengenainya. Bagaimanapun difahamkan pasukan keselamatan negara telah bersedia di kawasan berkenaan dan perkembangan akan dimaklumkan.

“Ia antaranya untuk memastikan tiada kes penculikan berlaku dan mempertingkatkan kawalan keselamatan,” katanya pada majlis Pride of Workmanship Award, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penempatan pasukan UTK bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan