Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
vaksin kanak -kanak
vaksin kanak-kanak

PICKids : Hampir 60 peratus ibu bapa di Sarawak setuju anak divaksin

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 3 Feb : Tinjauan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak (JKN) mendapati sebanyak 59.7 peratus ibu bapa di negeri ini bersetuju dengan Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 15 peratus daripada 40, 000 responden dalam tinjauan itu pula tidak bersetuju sementara 25.3 peratus memberi maklum balas tidak pasti.

Katanya, sebab utama mereka tidak bersetuju ialah kerana risau komplikasi selain bimbang keselamatan vaksin.

“Mereka juga mahu diberi kebebasan untuk memilih jenis vaksin tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan PICKids Sarawak di Hospital Umum Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri III, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak.

Program PICKids Sarawak menyaksikan Ivann Muammar Imaan Andy , 10, menjadi kanak- kanak pertama di negeri ini yang menerima vaksin Pizer Biontech bersama 29 orang lagi yang mempunyai pelbagai penyakit komorbid dan sedang menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata , seramai 517, 107 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19 setakat 1 Februari.

Sementara itu, Douglas Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, seramai 270 500 kanak – kanak di negeri ini layak menerima suntikan vaksin.

“Oleh itu, saya berharap agar ibu – bapa segera mendaftarkan anak masing – masing.

“Ini bagi membolehkan mereka (kanak – kanak ) bersosial dengan lebih selamat di luar rumah dan tempat belajar sekaligus mengurangkan risiko penularan di kalangan kanak-kanak yang tidak layak menerima vaksin,” katanya.

PICKids
Pelancarkan PICKids Sarawak di Hospital Umum Sarawak oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian hari ini.

Dalam pada itu , beliau turut memaklumkan pemberian vaksin untuk kanak-kanak lain berkomorbid akan diteruskan di hospital kerajaan dan swasta di seluruh negeri yang mana tarikhnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Bagi mereka yang terlepas janji temu , ibu bapa boleh berhubung dengan pengamal perubatan swasta yang terlibat dalam vaksinasi atau klinik kerajaan terdekat untuk membuat tarikh janji temu baharu,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan