Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
lemas sri aman
lemas sri aman

Pesara tentera dilaporkan hilang ketika memancing

SRI AMAN, 3 Feb : Seorang pesara tentera dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Skrang ketika memancing dekat sini, petang tadi.

Insiden dipercayai berlaku pada jam 6.00  petang ketika mangsa memancing bersama abangnya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Henry Jugah berkata, kejadian berlaku kira-kira satu kilometer dari pangkalan jeti rumah panjang mereka.

“Ketika ini, komander operasi masih menunggu ketibaan keluarganya untuk mengambil maklumat penuh kerana kesemua maklumat mengenainya dibawa oleh mangsa sendiri,”  katanya.

Bomba katanya, menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 6.36 petang namun operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan bermula esok.

“Pasukan Bomba setakat ini belum dapat membuat operasi pencarian kerana faktor air surut dan hari gelap,” ujarnya. -TVS

Tags: lemas, sriaman

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan