Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengecualian bayaran UPUOnline diteruskan – Noraini

KUALA LUMPUR, 3 Feb : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata melalui usaha itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Beliau berkata tempoh permohonan ditetapkan bermula esok (4 Feb) hingga 31 Mac ini bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan serta kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.

“Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun lepas, KPT bersetuju untuk memberi pengecualian bayaran itu kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022. -TVS

Tags: #bm, UPUOnline

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan