Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kereta terbakar Bintulu
kereta terbakar Bintulu

Kereta terbakar di lampu isyarat berhampiran stesen minyak

BINTULU, 3 Feb : Sebuah kereta yang terbakar di lampu isyarat berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Bintulu-Samalaju pada tengah hari tadi telah menggemparkan orang ramai di kawasan itu.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.55 tengah hari tadi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kereta berkenaan didapati terbakar 100 peratus. 

“Pasukan seterusnya memadam api kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau memberitahu, pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki berusia 51 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. -TVS

Tags: bintulu, bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan