Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua wanita anjur aktiviti perjudian tidak berlesen ditahan

ByKhairil Zharif Affindie

BAU, 3 Feb : Dua wanita iaitu masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga asing yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen ditahan polis dalam serbuan di Jalan Jambusan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek ditahan bersama barang rampasan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian.

“Mereka berdua tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi ditahan kerana menjual tiket loteri haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut merampas telefon pintar beserta kad sim, mesin pencetak, empat kepingan keratan kertas berwarna putih tertera abjad dan nombor dan sejumlah wang tunai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) , Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan