KOTA KINABALU, 3 Feb : Sabah catat 476 kes positif baharu COVID-19 hari ini berbanding 446 yang direkodkan semalam.
Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang mencatatkan kes dua angka juga meningkat kepada 12 berbanding 11 semalam.
” Sandakan mencatat jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 93 kes, diikuti daerah Kota Kinabalu dengan 77 kes dan Tuaran pula 44 kes.
“Jumlah kes baharu merupakan saringan kes bergejala yang kita kenal pasti,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau memberitahu, bilangan kes simptomatik yang dikesan sebanyak 232 orang daripada jumlah keseluruhan kes.
“Sebanyak 469 kes hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, empat kes dalam kategori tiga manakala dua kes dalam kategori empat dan satu kes dalam kategori lima,” katanya. -TVS