Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sarawak monsun

Bahagian barat Sarawak dijangka terkena tempias siri hujan lebat – MetMalaysia

KUCHING, 3 Feb: Majoriti kawasan di Sarawak terutamanya di barat diramal akan terkena tempias hujan lebat secara menyeluruh susulan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November tahun lepas.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), paras purata hujan antara 150 mm hingga 400 mm dijangka akan direkodkan melibatkan kebanyakan kawasan kecuali Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dengan jangkaan 300 mm hingga 700 mm.

“Pada bulan depan, kebanyakan kawasan di Sarawak akan mengalami hujan pada purata 150 mm hingga 450 mm manakala pada April, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan sedikit pada kadar bawah purata,” jelas kenyataan berkenaan.

Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan negeri – negeri di Pantai Timur Semenanjung, timur Sabah juga akan terkesan dengan monsun berkenaan yang dijangka berterusan hingga Mac ini.

“Tinjauan cuaca bagi tempoh Februari hingga Mac sepanjang tempoh monsun berkenaan, negara cenderung menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut berkelajuan 10 hingga 20 kilometer per jam,” jelas MetMalaysia lagi.

Sementara itu, pada Jun dan Julai, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan dengan paras purata 100 mm hingga 300 mm dan Sarawak pula masing-masing dengan purata 150 mm hingga 300 mm dan 150 mm hingga 350 mm. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan