KUCHING, 1 Feb : Sebuah rumah dilaporkan terbakar tengah hari tadi di Tabuan Jaya Kuching.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.11 tengah hari tadi bersama jentera FRT.
Setibanya di lokasi kejadian pihak bomba mengesahkan kebakaran yang melibatkan ruang tamu (ruang sembahyang), dan kebakaran memusnahkan ruang yang dianggarkan seluas 10 kaki persegi.
Dalam pada itu, pihak bomba juga mengesahkan rumah terbabit tiada penghuni ketika kejadian berlaku.
Pihak bomba telah membuat pemadaman menggunakan salurun bantu mula dari jentera dan 100 kaki hos menggunakan pili bomba berdekatan.
“Setibanya di lokasi, kami mendapati rumah tersebut tiada penghuni, namun penghuni tersebut tiba di lokasi sama dengan bomba.
“Kami juga menggunakan saluran bantu mula dari jentera dan hos sepanjang 100 kaki dengan pili bomba berdekatan,” kenyataan bomba lagi.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal 10 minit kemudian, namun kemusnahan dianggarkan 20 peratus daripada keseluruhan rumah berkenaan.
Katanya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rapie Ahmad Sahari. – TVS