Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak catat 17 kes baharu COVID-19

KUCHING, 1 Feb : Jumlah kes COVID-19 di Sarawak dalam tempoh 24 jam lepas adalah sebanyak 17 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 11 kes tersebut adalah dalam Kategori Satu manakala lima kes lagi dalam Kategori Dua. Sehubungan itu, hanya satu kes sahaja dilaporkan dalam Kategori Tiga.

“Sebanyak 16 kes COVID-19 berada dalam Kategori Satu dan Dua manakala satu kes berada dalam Kategori Tiga,” jelas kenyataan berkenaan pada hari ini.

Berdasarkan statistik yang diberikan, Kuching mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak lapan kes, diikuti Sibu dan Miri, masing-masing dengan tiga kes.

Daerah Kapit, Bintulu dan Song masing-masing mencatatkan satu kes positif COVID-19.

Sementara itu, 34 buah daerah lagi tidak melaporkan jangkitan selain tiada kluster baharu. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan