Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jabatan Hutan rampas 650 batang kayu balak di Sibu

BySalasiah Safian

SIBU, 1 Feb : Sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Pejabat Hutan Wilayah Sibu telah berjaya mematahkan aktiviti pembalakan haram di kawasan sekitar Batu 36, Jalan Oya, Tamin, Selangau.

Pasukan penguatkuasaan yang terdiri daripada lapan anggota menjumpai tujuh longgokan kayu balak yang mana jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 717 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz.

Ia dipercayai ditebang secara haram kerana tidak memiliki tanda Tukul JH, Tukul Hak Milik, dan Tag LPI pada kedua-dua hujung kayu balak tersebut.

Kayu balak itu disita oleh pihak penguatkuasa untuk siasatan lanjut dan laporan polis turut dibuat

Bagaimanapun, nilai rampasan masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad telah mengesahkan perkara tersebut.

“Satu kertas siasatan berkaitannya akan dibuka dalam waktu terdekat agar pihak yang terlibat tidak terlepas begitu sahaja,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Hutan Sarawak akan sentiasa menjalankan rondaan. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan