Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cadangan projek lampu jalan diluluskan, jalan Bau-Batu Kitang diterangi sebelum Gawai 2022

ByOdleen Catherny

BAU, 31 Jan : Sebanyak 285 unit lampu jalan yang dijana tenaga solar bakal dibangunkan di sepanjang jalan dari Bau-Batu Kitang sebelum sambutan perayaan Gawai tahun ini.

Menteri Muda Pengangkutan II Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata, icadangan projek berkenaan diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Isnin.

Cadangan projek dimaklumkan menerusi kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri bersama-sama Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Lo Khere Chiang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuh, pada Isnin.

Jelas Henry lagi, pemasangan sebanyak 285 unit lampu jalan solar berkenaan adalah sebagai usaha mengurangkan kes-kes kemalangan di kawasan tersebut.

“Projek ini akan bermula tidak lama lagi dan ini akan menjadi berita baik kepada rakyat terutamanya penduduk Bau yang menggunakan jalan Bau-Batu Kitang untuk berulang alik terutamanya pada waktu malam.

“Ini tepat sekali pada masanya untuk kita mengurangkan kemalangan jalan raya dan juga kerosakan kenderaan dan sebagainya sementara menunggu penambahbaikan ataupun naiktaraf jalan yang sedia ada kepada 4 laluan,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Isnin.

Kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Katanya lagi, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menguruskan sepenuhnya projek berkenaan termasuk pembukaan tender yang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan.

“Dalam satu ke dua bulan ini pihak agensi akan membuat tender dan pemasangan mungkin dalam tempoh satu ke dua bulan, mungkin sebelum Gawai kita akan nampak sepanjang jalan raya terang pada waktu malam.

“Pemasangannya tidak mengganggu kerja-kerja penambaikan jalan kerana lampu-lampu ini boleh dipindahkan dan tidak akan mengakibatkan sebarang kerosakan pada lampu. Inilah kelebihannya menggunakan tenaga kuasa solar,” ujarnya lagi.

Inisiatif ini dilaksanakan buat sementara waktu demi keselamatan pengguna jalan raya di samping memperbaiki keadaan jalan raya sedia ada.

Malah, beliau turut mengakui, pengguna jalan Bau ke Batu Kitang adalah tinggi lebih-lebih lagi ketika waktu puncak berbanding jalan Bau ke Batu Kawah ekoran daripada jarak serta masa perjalanannya yang lebih singkat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan