MARUDI, 1 Feb : Hasil tinjauan udara oleh Pasukan Udara Bomba Wilayah Sarawak yang berpangkalan di Miri mendapati beberapa kawasan sekitar Pekan Marudi masih ditenggelami air, namun pada aras terkawal.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata keadaan Pekan Marudi beransur pulih walaupun ada segelintir kawasan yang masih banjir.
“Hasil tinjauan pasukan bomba dan pasukan udara mendapati keadaan di Pekan Marudi beransur pulih, air mula surut dan aktiviti agak rancak dan kembali seperti biasa.
“Kita harap keadaan ini semakin baik supaya aktiviti akan berjalan dengan baik dan suasana pun baik,” katanya ketika dihubungi TVS.
Sementara itu, tinjauan pihak bomba di kawasan jalan raya sekitar Pekan Marudi mendapati paras air sungai semakin surut, namun di segelintir kawasan, seperti di Kampung Hilir, air pasang di kawasan sungai walaupun keadaan cuaca baik dan cerah. – TVS