Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 11 juta populasi dewasa terima suntikan dos penggalak

KUALA LUMPUR, 31 Jan : Sejumlah 11,889,785 individu dewasa atau 50.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW seramai 22,924,199 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,942 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,585 atau 91.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 78,731 dos vaksin diberikan melibatkan 510 dos pertama, 728 dos kedua dan 77,493 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,466,293 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lapan kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan dua dicatatkan di Johor, tiga di Perak, dan masing-masing satu kematian di Melaka, Pahang dan Terengganu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan