Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Caj transaksi RM1 pengeluaran ATM antara bank mulai 1 Feb

Caj transaksi RM1 pengeluaran ATM antara bank mulai esok

KUCHING, 31 Jan : Caj transaksi pengeluaran sebanyak RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan mula dikuatkuasakan esok.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh bank pada Disember lepas.

Antara bank yang memberi ‘peringatan’ kepada ialah Maybank menerusi kenyataan medianya.

“Harap maklum bahawa mulai dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM Maybank,” jelas Maybank di laman sesawangnya.

Sementara itu, CIMB turut memaklumkan kenyataan yang sama kepada pelanggannya.

“Berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM atau mesin layan diri bukan CIMB Bank atau CIMB Islamic.

“Anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM atau mesin layan diri kami,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai boleh mengeluarkan wang tunai di mesin ATM pelbagai bank tanpa perlu dikenakan caj RM1 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) April 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan