Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wakil rakyat perlu sentiasa merendah diri – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Jan : Setiap wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan sikap merendah diri dan berterusan membantu rakyat yang memerlukan keprihatinan kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana rakyat Sarawak telah memberikan mandat yang besar kepada GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak , Disember tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, rakyat Sarawak berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“ Nasihat saya, ingatlah bahawa Tuhan sentiasa memerhati kita (wakil rakyat) sama ada bertindak adil atau sebaliknya kepada rakyat kerana pada bila-bila masa sahaja , nikmat ini boleh ditarik semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi PRN -12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya , Dato Sri Fadillah Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki.

Abang Johari hadir pada Majlis Kesyukuran dan Apresiasi PRN Ke -12 Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini malam ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok sebagai menghargai jasa dan pengorbanan jentera pilihan raya mereka berdepan PRN Ke- 12 dan meraih kejayaan besar.

Sementara itu, mengulas mengenai pembangunan di Satok , Abang Johari berkata, beliau akan terus memberi perhatian kepada kawasan ini walaupun bukan lagi merupakan wakil rakyat di sini.

“Saya sebagai Ketua Menteri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembangunan di negeri ini akan dilakukan dengan adil dan saksama, tidak kira di Gedong, Tupong dan sebagainya”, katanya lagi.-TVS

Majlis anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok sebagai menghargai jasa dan pengorbanan jentera pilihan raya mereka berdepan PRN Ke- 12 dan meraih kejayaan besar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan