Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tepis stigma masyarakat terhadap pesakit Kusta

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 30 Jan : Setiap pesakit perlu bebas dari cemuhan atau pengusiran akibat dari penyakit atau kecacatan fizikal yang terzahir.

Bertitik tolak dari sifat kemanusiaan dunia meraikan Hari Kusta Sedunia yang disambut pada 30 Januari setiap tahun.

Hari Kusta Sedunia ini merupakan hari untuk memperingati golongan yang mengalami penyakit berkenaan dan meningkatkan kesedaran umum terhadap penyakit dan menepis stigma masyarakat mengenai penyakit tersebut.

Penyakit Kusta adalah penyakit yang telah direkodkan seawal 1500 tahun sebelum masihi lagi, namun penyakit ini jika tidak diberi rawatan yang cepat akan menyebabkan kecacatan yang kekal kepada pesakit.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penyakit kusta tidak mudah dijangkiti namun Jika penyakit ini tidak dirawat atau lewat dikesan boleh menyebabkan kecacatan kekal pada pesakit.

” Kadar rekod kecacatan yang telah dilaporkan dalam pesakit Kusta adalah pada sekitar empat peratus sehingga lapan peratus  kes sahaja bagi keseluruhan kes Kusta setiap tahun.

Kecacatan yang berlaku akan menjejaskan kehidupan seharian dan mengundang banyak masalah sosial, sekaligus pesakit ini tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri dan bergantung harap sepenuhnya terhadap keluarga dan jiran tetangga,” katanya menerusi kenyataan media.

Selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu Penyakit Kusta: Bersama Mencegah Diskriminasi, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menangkis stigma yang negatif terhadap pesakit kusta tersebut.

“Pihak KKM juga akan berusaha untuk mengenalpasti tahap keseriusan dan faktor tanggapan masyarakat terhadap penyakit Kusta ini dan pihak kami akan memastikan pesakit akan menerima rawatan yang sempurna terus memberi hak untuk menerima perkhidmatan kesihatan mesra pelanggan dan mudahcapai,”katanya.

Sempena sambutan Hari Kusta Sedunia 2022, Khairy Jamaluddin turut mengajak orang ramai untuk meningkatkan usaha bagi mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta.

“Kita perlu bersama-sama memberi kata-kata semangat, dorongan dan bantuan kepada mereka untuk terus menikmati kehidupan seperti masyarakat yang lain’ jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan