Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SEBUAH PPS DIBUKA DI UTARA SARAWAK, 27 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN

Sebuah PPS dibuka di Utara Sarawak, 27 mangsa banjir dipindahkan

KUCHING, 30 Jan : Situasi banjir yang kembali melanda Sarawak sejak semalam tidak berubah apabila bilangan mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 27 orang  setakat 3 petang ini, berbanding 17 orang pada 11 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan hanya sebuah PPS di daerah Marudi iaitu Dewan Suarah Marudi, mula beroperasi sejak petang semalam.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Zon Miri Law Poh Kiong pihaknya berharap paras air sungai di Kampung Padang Kerbau, Marudi surut sehingga ke paras yang mengizinkan mangsa pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat ini.

Situasi banjir yang melanda daerah Marudi kini adalah susulan hujan lebat di daerah itu sejak kelmarin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan