Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Olimpik musim sejuk 2022
Olimpik musim sejuk 2022

Penganjur Olimpik Beijing Musim Sejuk 2022 kesan 36 kes baharu COVID-19

ByTVS

BEIJING, 30 Jan : Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 setakat ini mengesahkan sebanyak 36 kes baharu COVID-19. 

Sebanyak 29 kes yang dilaporkan itu membabitkan ketibaan delegasi luar di lapangan terbang dan manakala tujuh lagi dikesan di venue pertandingan.

Perkembangan itu menyebabkan jawatankuasa penganjur menjangkakan kes COVID-19 akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi apabila semakin ramai atlet luar tiba.

Ketua Perubatan Beijing 2022, Brian McCloskey berkata , sejak dua hari lepas, seramai 3,000 atlet dan pegawai dari pelbagai negara telah tiba dan menguatkan andaian mereka berhubung peningkatan kes yang bakal dilaporkan. 

Temasya berkenaan akan bermula secara rasmi pada 4 hingga 20 Februari ini ndi gelanggang tertutup yang tidak membenarkan kehadiran penonton bagi membendung penularan wabak COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan