Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penduduk Marudi terjejas banjir terima bantuan

KUCHING, 30 Jan : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri telah menghantar bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir di daerah Beluru dan Tinjar , Marudi semalam.

Penyerahan bantuan itu melibatkan lapan buah rumah panjang, dua buah sekolah dan sebuah klinik dengan keseluruhan 1,030 pek makanan.

Antara yang menerima bantuan di Beluru ialah Rumah Keyai Anak Kiaw, Rumah Anthony Anak Kedit, Rumah Saba Anak Bagus, Rumah Paking Idoi, Rumah Jau Bato, Rumah Aji Anak Nawek, Rumah Dennis Tija, Rumah David Wen.

Terdapat juga penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungau Bong dan SK Long Jegan serta sebuah klinik kesihatan di Ulu Teru.

Penghantaran bekalan makanan tersebut dilakukan melalui jalan darat dan pengangkutan sungai.-TVS

Tags: #bm, marudi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan