Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Naib Canselor Unimas terima Anugerah Pegawai Contoh Kumpulan Pengurusan Tertinggi

KUCHING, 30 Jan : Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dipilih menerima Anugerah Pegawai Contoh Kumpulan Pengurusan Tertinggi Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan Tahun 2020.

Anugerah berkenaan diberikan bersempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2021.

UNIMAS menerusi kenyataan media menyebut, Naib Canselor berkenaan menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas UNIMAS, anugerah itu juga sebagai menghargai jasa dan komitmen universiti berkenaan membantu menangani penularan wabak COVID-19.

“ UNIMAS sebelum ini berkata telah mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) mega terbesar di Sarawak dan berjaya memberikan 108,273 dos vaksin kepada seluruh warga Kuching dan Samarahan dalam masa sebulan, “ jelas kenyataan itu.

Pada masa yang sama, di bawah pentadbiran Mohamad Kadim, UNIMAS juga berjaya mewujudkan Makmal Penyelidikan di Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) yang telah menjalankan 55,000 ujian diagnostik bagi pengesanan COVID-19.

“ IKPK merupakan makmal tunggal di Sarawak yang melaksanakan pengesanan varian COVID-19 dan antibodi pasca vaksinasi.

“Selain itu Makmal IKPK juga juga satu-satunya makmal penyelidikan di Sarawak yang melaksanakan pengesanan varian Covid-19 atau Genome Sequencing di IKPK selain turut terbabit dalam kajian pengesanan antibodi pasca vaksinasi,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, UNIMAS turut berada di kedudukan 1,201 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Education World University Rankings.

“Pihak kami juga akan berterusan menyantuni komuniti dan mempelbagai lagi projek dan kajian penyelidikan turut meletakkan Unimas di kedudukan 301 universiti terbaik dalam Times Higher Education Impact Rankings,” katanya.

Kenyataan itu berkata, Anugerah Pegawai Contoh Kumpulan Pengurusan Tertinggi Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan Tahun 2020 yang diterima Dr Mohamad Kadim adalah pengiktirafan tertinggi Kerajaan Sarawak kepada penjawat awam Perkhidmatan Awam Persekutuan di negeri itu . TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan