Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MOTAC beri peruntukan RM250,000 naik taraf prasarana Taman Rekreasi Sungai Rian

ByAhmad Burhanuddin

SIMUNJAN, 30 Jan : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah memperuntukkan sejumlah RM250 000 kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (KPKT) untuk menambah baik prasarana di Taman Rekreasi Sungai Rian.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, beliau berharap selepas kerja – kerja menaik taraf taman berkenaan siap, ia berupaya untuk menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke situ.

Katanya, perkembangan berkenaan kelak mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat selain meningkatkan ekonomi kawasan berkenaan.

“ Sebelum ini, kita telah membaiki jalan raya di sini yang memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan mereka melalui penjualan makanan dan barangan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mesra Alam dan Sesi Penyerahan Tapak Rekreasi Sungai Rian Simunjan di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan