Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pembalak haram
pembalak haram

Dua pembalak haram ‘tewas’ bersama nilai rampasan lebih suku juta

BINTANGOR, 30 Jan : Operasi Khazanah yang dilancarkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu di Tulai semalam berjaya menahan dua lelaki tempatan bersama hasil pembalakan haram yang dianggarkan bernilai RM310 000.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir berkata, kedua – dua suspek itu diberkas sebelum mereka sempat membawa kayu balak itu ke kilang berdekatan pada jam 2.45 pagi.

Katanya, ketika serbuan dilakukan, suspek yang berusia 29 dan 57 tahun sedang memunggah 50 batang kayu balak ke atas lori menggunakan jengkaut.

“Serbuan yang dilakukan merupakan hasil maklumat orang awam serta intipan awal yang dijalankan oleh Unit Risik ,Batalion 10.

Pasukan operasi juga telah merampas kesemua kayu balak, sebuah lori serta sebuah jengkaut,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen yang sah berkaitan operasi mereka.

“Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarikei untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan