Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI ESOK - PM ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba di Bangunan Parlimen bagi membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri ucap takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR, 29 Jan : Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak , Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang meninggal dunia malam tadi.

Perdana Menteri menyifatkan Tun Abang Muhammad Salahuddin seorang tokoh yang banyak berjasa untuk rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama dengan roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya di dalam catatan di Facebooknya hari ini.

 Tun Abang Muhammad Salahuddin merupakan individu pertama berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali, meninggal dunia pada 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah di Kuching, Sarawak akibat sakit tua.

Lahir pada 27 Ogos 1921, beliau menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFirdaus Ismail-
ByDouglas Elliot-
ByLuqman Muhammad-