Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hospital Medan Sibu persediaan hadapi kemungkinan peningkatan COVID-19

SIBU, 29 Jan : Penubuhan Hospital Medan Sibu yang kini dikenali sebagai Seduan Hall merupakan langkah persediaan oleh Kerajaan Sarawak sekiranya berlakunya peningkatan kes COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, fasiliti kesihatan berkenaan yang berkapasiti 100 katil juga telah diserahkan kepada Hospital Sibu.

Menurut Douglas Uggah, langkah berkenaan dilakukan dengan mengambil kira situasi lepas ketika penularan wabak berkenaan memuncak di negeri ini.

“Kita belajar daripada pengalaman lepas ketika kes naik mendadak, kemudahan seperti katil di unit rawatan rapi (ICU) ketika itu tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan majlis penyerahan hospital berkenaan di sini hari ini.

Ujar Douglas Uggah, sekiranya mempunyai fasiliti dan persekitaran yang lebih baik serta kondusif , kerajaan negeri dan petugas kesihatan akan lebih bersedia.

” Pada masa sama, persediaan awal yang dilakukan ini baik kerana walaupun kes di Sarawak hanya mencatatkan dua angka, namun peningkatan kes baharu di Semenanjung agak membimbangkan,” katanya.

Katanya, kes positif baharu mencecah 5,552 semalam yang majoriti di Semenanjung merupakan jumlah tertinggi berbanding beberapa minggu lepas.

Ditanya kemungkinan fasiliti sebegini juga akan diwujudkan di daerah lain , beliau berkata, ia akan dilaksanakan sekiranya wujud keperluan.

Hospital Medan Sibu yang dibina dengan kos sebanyak RM1.6 juta itu dapat digunakan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi memandangkan terdapat kerja naik taraf perlu dilaksanakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan