Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
dadah Sabah
dadah Sabah

Polis Sabah rampas dadah bernilai RM386 484 ‘dipos’ dari KL

KOTA KINABALU, 28 Jan : Operasi yang dilancarkan oleh polis di sekitar daerah ini pada Rabu lepas berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin dengan nilai keseluruhan sebanyak RM386 484.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, sekiranya syabu seberat 9,218 gram dan ketamin seberat 1,000 gram ‘terlepas’ ke pasaran, ia mampu disalah guna oleh seramai 51,900 orang penagih.

“Dalam operasi yang dilakukan di Kampung Ranggong, di Likas, polis turut menahan tiga lelaki ini berumur 37 hingga 50 tahun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, suspek pertama ditahan pada 26 Januari lepas selepas polis menerima maklumat berkenaan sindiket mengedar dadah yang menggunakan perkhidmatan kurier dari Semenanjung Malaysia.

“Penahanan suspek berjaya menahan dua lagi suspek yang terlibat dengan urusan jual beli dadah” katanya.

Beliau memberitahu, serbuan pada 26 Januari juga telah berjaya menangkap seorang lelaki Cina berusia 37 tahun dan hasil pemeriksaan telah menemui satu kotak berisi tujuh bungkusan disyaki berisi syabu.

” Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B), Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan