Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki jatuh parit diselamatkan bomba

BINTULU, 28 Jan : Seorang lelaki warga Indonesia ditemui dalam keadaan tertiarap selepas terjatuh ke dalam parit di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak di sini petang semalam. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 4 petang.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati mangsa sedang tertiarap di atas permukaan tanah berhampiran kebun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ekoran insiden itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian pinggang, kaki dan tangan kanan. 

“Pasukan kemudian menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa ke jalan besar dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya. -TVS

Tags: bintulu, bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan