Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fatimah pantau proses pemberian dos penggalak kepada gelandangan

SIBU, 28 Jan: Seramai enam orang gelandangan di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu menerima suntikan dos penggalak jenis Pfizer malam tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak -Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain di Sibu, pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan terlibat untuk memberi dos penggalak kepada gelandangan di seluruh Sarawak.

Katanya, data yang disediakan oleh kementeriannya membantu memudahkan proses vaksinasi kerana mempunyai maklumat peribadi dan lokaliti golongan tersebut.

“Berdasarkan rekod yang dimiliki, kita tahu di mana golongan gelandangan ini berkumpul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan proses pemberian suntikan dos penggalak kepada gelandangan di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, sebelum ini , proses vaksinasi gelandangan di Sibu menggunakan dua modus operandi iaitu membawa semua gelandangan ke satu tempat untuk divaksinasi ataupun vaksinasi secara bergerak bersama agensi-agensi terlibat.

” Bagaimanapun bagi gelandangan yang tidak menetap di TTG , agensi kerajaan akan turun padang bagi memastikan mereka menerima dos penggalak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan