TOKYO, 28 Jan : Seorang doktor yang menjadi tebusan maut selepas ditembak oleh seorang lelaki dalam kejadian serangan berhampiran pusat bandar, malam tadi, lapor agensi berita, Xinhua.
Polis Jepun berjaya menangkap penyerang itu yang berusia 66 tahun dalam insiden yang berlarutan selama 11 jam.
Kejadian yang mengejutkan penduduk di kawasan kejiranan itu bermula apabila warga emas berkenaan secara tiba -tiba dikatakan menyerang tiga pekerja perubatan yang datang melawatnya sekitar pukul 9 malam.
Menurut laporan media tempatan, penyerang, Hiroshi Watanabe turut memiliki senapang pemburu.
Selain itu, ahli fisioterapi yang turut ditembak oleh Watanabe masih tidak sedarkan diri manakala seorang lagi turut dimasukkan ke hospital kerana disembur dengan gas pemedih mata.
Berikutan insiden itu, pihak berkuasa memindahkan kira-kira 110 penduduk berhampiran selain turut menutup sekolah rendah dan menengah di kawasan hari ini. -TVS