Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TAN SRI NOH OMAR
KUCHING, 28 Jan -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar (tengah) memotong kek ketika merasmikan pembukaan Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kuching hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Suriani Ahmad (tiga, kiri). -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ar Rahnu Tekun Cawangan Kuching sasar RM4 juta nilai gadaian

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 28 Jan: Ar Rahnu Tekun Nasional yang dilancarkan di bandar raya ini menyasarkan sebanyak RM4 juta nilai gadaian untuk tahun pertama beroperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, sejak beroperasi hampir lima minggu lepas, perkhidmatan berkenaan yang merupakan cawangan kesepuluh di Malaysia menerima sambutan yang memberangsangkan.

Katanya, Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kuching setakat ini memberikan perkhidmatan kepada 300 orang pelanggan dengan nilai gadaian sebanyak RM500,000.

” Di seluruh negara pula, sehingga kini Ar Rahnu Tekun Nasional telah membantu menyediakan pembiayaan melalui gadaian emas dengan lebih 73,890 transaksi berjumlah RM228.7 juta sejak 2015 hingga 17 Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kuching di Pusat Komersial Swan, Matang Jaya, di sini hari ini.

Selain Kuching, perkhidmatan berkenaan juga ditawarkan di Shah Alam, Wangsa Maju, Sentul, Semenyih, Alor Setar, Johor Bahru, Tawau, Kota Bahru dan Tanah Merah.

Cawangan ke-11 akan dibuka di Kuala Nerus, Terangganu, April depan.

Berhubung pembukaan di Sarawak, Noh yakin ia akan membantu usahawan mikro serta golongan B40 di sini.

“Menerusi sistem ini , ia akan dapat membantu usahawan-usahawan, mereka dapat menjana ekonomi yang lebih baik, bukan sahaja ekonomi individu tetapi saya percaya dapat membantu ekonomi negara kita,” katanya.

Sementara itu, Noh turut memberitahu, perkhidmatan Ar Rahnu akan dikembangkan ke seluruh negara dengan mengutamakan kawasan berpotensi.

“Ini bagi memastikan supaya perkhidmatan Ar Rahnu Tekun Nasional mudah dicapai oleh pelanggan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan