Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APMM tahan kapal
APMM tahan kapal

APMM tahan bot dan tongkang guna dokumen tamat tempoh

ByTVS

BINTULU, 28 Jan : Sebuah bot tunda berserta tongkang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Bintulu petang semalam kerana disyaki menggunakan dokumen yang telah tamat tempoh. 

Pengarah APMM Zon Bintulu, Kapten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, bot tunda dan tongkang itu dikesan pada jarak lebih kurang satu batu nautika dari muara Sungai Kemena sekitar jam 4.05 petang oleh Kapal Maritim (KM) Renggis semasa melaksanakan Operasi Permai dan Operasi Benteng di sekitar perairan Bintulu. 

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot tunda dan tongkang yang berlayar dari Kuching menuju ke Bintulu itu disyaki beroperasi tanpa menggunakan dokumen kebenaran membawa barang berduti serta borang perlepasan pelabuhan yang telah tamat tempoh. 

“Selain itu, terdapat muatan bercukai yang disyaki ‘Quarry Sand’ berjumlah lebih kurang 2,800 metrik tan di atas tongkang semasa diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah beliau, seramai empat kru bot tunda ditahan termasuk nakhoda terdiri daripada seorang lelaki tempatan, dua lelaki warga India dan seorang lelaki warga Indonesia.

“Manakala tongkang pula dikendalikan dua kru iaitu seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia,”katanya.

Beliau memberitahu, kesemua individu berusia 27 hingga 57 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap itu ditahan bagi membantu siasatan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu bagi siasatan lanjut.

” Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang memperuntukan hukuman denda dan penjara jika disabitkan bersalah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan