Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir marudi
Banjir marudi

17 sekolah antara yang terjejas banjir di Marudi

ByKhairil Zharif Affindie

LAWAS, 28 Jan : Pekan Marudi mula dilanda banjir berikutan hujan berterusan yang menyebabkan bacaan air Sungai Baram melepasi paras bahaya malam tadi.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Marudi, Maureen Sim Ah Lian berkata, keadaan turut diburukkan dengan limpahan air daripada beberapa sungai lain termasuklah Sungai Tutoh, Sungai Apoh dan Sungai Baram.

“ Sekiranya hujan berterusan, kita menjangkakan kawasan sekitar juga akan terjejas dan ketika ini bomba diletakkan dalam keadaan bersiap sedia,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Antara kawasan lain yang turut dilanda banjir termasuklah Bazar Marudi, Kampung Dagang, Kampung Narum, Kampung Ridan, Kampung Baru dan Kampung Padang Kerbau selain banyak premis perniagaan terpaksa ditutup.

Selain itu sebanyak 17 buah sekolah antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, SK Benawa dan SK Sungai Bong turut terjejas.

Sementara itu, Maureen memberitahu, dalam usaha memantau situasi banjir , pihaknya turut dibantu bomba sukarelawan terutamanya di beberapa kampung. -TVS .

Beberapa kedai juga terpaksa menutup operasi perniagaan berikutan situasi banjir yang semakin buruk.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan