Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak United dalam proses bina semula pasukan – Elavarasan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 27 Jan: Naib juara Liga Perdana 2021, Sarawak United FC (SUFC) yang kembali ke Liga Super musim ini, kini dalam proses membentuk semula pasukan selepas kehilangan beberapa tonggak utamanya.

Ketua jurulatihnya, E. Elavarasan berkata, walaupun telah ‘menampung’ kehilangan berkenaan dengan setakat ini membawa masuk enam pemain baharu, namun ia bukanlah jaminan untuk mendapatkan keputusan segera.

“Ia kerana mereka (pemain baharu) masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

“Pada masa sama, kita juga masih menunggu ketibaan beberapa pemain import baharu untuk memantapkan lagi perancangan pasukan sebelum menguji mereka dalam perlawanan ujian,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook SUFC hari ini.

Elavarasan yang membawa skuad kenyalang emas ke suku akhir Piala Malaysia pada tahun lepas berkata, seperti pasukan lain, beliau juga memerlukan perlawanan persahabatan untuk menilai kemampuan barisan pemainnya.

” Kami akan umumkan butiran perlawanan persahabatan dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, ketika ini Sarawak United telah memulakan latihan rasmi sejak awal Januari dan mereka masih mempunyai masa mencukupi menjelang sepak mula Liga Super pada Mac depan.

SUFC akan membuka tirai Liga Super 2022 bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Negeri, Kuching pada 4 Mac.

Kali terakhir pasukan yang dikenali dengan nama Sarawak FA beraksi di Liga Super adalah pada 2017 dengan menamatkan saingan di kedudukan ke-11 liga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan