KUCHING, 27 Jan: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 telah berlaku di utara Kalimantan, Indonesia pukul 5.08 pagi tadi di mana gegarannya turut dirasai di Limbang dan Lawas, Sarawak.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa tersebut terletak 46 kilometer (km) barat daya dari Sapulut, Sabah dengan kedalaman 12 km. – TVS