Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bulu Burung Kenyalang antara yang dirampas oleh Pasukan Penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) wilayah Bintulu menerusi Operasi Patuh yang dilakukan di sekitar bandar Bintulu.
Bulu Burung Kenyalang antara yang dirampas oleh Pasukan Penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) wilayah Bintulu menerusi Operasi Patuh yang dilakukan di sekitar bandar Bintulu.

Tenggiling diawet dan bulu burung kenyalang dirampas

BINTULU, 26 Jan : Operasi Patuh yang dilancarkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di dua kedai di bandar ini berjaya merampas beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Menurut kenyataan SFC, antara yang dirampas termasuklah seekor tenggiling yang diawet, 74 helai bulu burung ruai, empat helai bulu burung kenyalang, tiga unit batu karang dan seunit rahang ikan yu.

” SFC ingin memberi peringatan bahawa aktiviti menjual dan memiliki hidupan liar adalah melanggar Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998,” kata kenyataan berkenaan.

Seekor tenggiling yang diawet merupakan antara yang dirampas dalam Operasi Patuh yang dilancarkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Bintulu.

Tambah kenyataan berkenaan, kesemua rampasan berkenaan dibawa ke pejabat SFC wilayah Bintulu untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya boleh menghubungi talian SFC iaitu 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019- 8290994 (Miri).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan