SELANGOR, 26 Jan: Lima kenderaan rosak akibat kejadian tanah mendap yang dilaporkan berlaku di Lestari Perdana, Seri Kembangan petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.38 petang sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya lagi.
Tanah mendap yang berlaku di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima kenderaan mengalami kerosakan berdasarkan laporan awal.
“Pemantauan sedang dijalankan oleh pihak bomba dan tiada mangsa dilaporkan terbabit di lokasi kejadian,” katanya. – TVS