Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah
Dato Sri Fatimah Abdullah

Pusat Pemulihan Samarahan (PPS) dijenamakan sebagai Pusat Kecemerlangan OKU

KUCHING, 26 Januari : Pusat Pemulihan Samarahan (PPS) yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-4 kini melalui proses menaik taraf dan akan diberi penjenamaan semula sebagai Pusat Kecemerlangan OKU (Orang Kurang Upaya).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dengan adanya pusat berkenaan, ia akan menyediakan perkhidmatan pemulihan, termasuk rawatan perubatan dan latihan vokasional.

“Oleh itu, kita dapat menyediakan perkhidmatan yang kondusif dan agar mereka menjadi lebih produktif di samping boleh mengasah bakat yang ada.

“Seperti diketahui, atlet Paralimpik kita telah memenangi sukan sebanyak 13 kali, dan pada tahun ini kita menyasarkan supaya mereka menang untuk kali ke -15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau memberitahu, pusat itu juga akan menyediakan latihan kemahiran kepada golongan OKU kecuali OKU penglihatan dan OKU Mental.

Jelasnya, melalui kemahiran ini, pelatih yang telah tamat kursus akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari untuk meningkatkan keupayaan berdikari dari segi sosioekonomi.

“Syarat kemasukan ke pusat ini adalah OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, berumur di antara 14 hingga 35 tahun dan tidak mempunyai penyakit yang berjangkit,” tambahnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan