Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
in car radar
in car radar

Polis Sarawak guna teknologi digital In Car Radar dan iCOPS laksana Op Selamat

ByNazirah Adlina

KUCHING, 26 Jan : Op Selamat yang bakal dilaksanakan oleh Polis Sarawak sempena Tahun Baharu Cina kali ini akan menggunakan teknologi digital iaitu alat pengesanan had laju ‘In-Car Radar.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, teknologi baharu itu juga disertakan dengan penggunaan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.

” Setakat ini di Sarawak terdapat lima unit kenderaan peronda yang telah dilengkapi oleh kemudahan tersebut.

Ia bakal ditempatkan di lima bandar utama seperti Kuching, Miri, Bintulu dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Op Selamat Ke-17 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai penggunaan teknologi baharu itu, Aidi berkata, keberkesanannya telah diuji oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

” Sistem ini terbukti berjaya untuk mengesan kenderaan yang mempunyai rekod kecurian, saman tertunggak dan selainnya melalui nombor pendaftaran,” katanya.

Berhubung Op Selamat di Sarawak, beliau memberitahu, operasi kali ini akan dilaksanakan selama 10 hari bermula pada 28 Januari hingga 6 Februari depan.

“Polis akan meletakkan pegawai dan anggota di 56 lokasi yang dikenal pasti sering berlakunya jalan raya.

“Operasi ini juga bagi mengurangkan kadar jenayah pecah rumah yang sering dilaporkan pada musim perayaan apabila banyak rumah banyak yang ditinggalkan kerana pemiliknya balik ke kampung,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan