Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembangunan kawasan barat Sarawak kini jadi fokus – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 26 Jan: Kerajaan Sarawak kini memberi fokus untuk mempercepatkan pembangunan di kawasan barat negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kesinambungan pembangunan itu menyusul selepas kerajaan negeri telah membangunan kawasan melibatkan jalan pesisir di Sarawak menerusi pelbagai projek sebelum ini.

Ujar Abang Johari, rancangan pembangunan itu akan dilakukan segera bagi meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar.

” Ini (percepat projek) juga seiring dengan misi untuk menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Gedong di sini malam tadi.

Yang turut hadir isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Naroden Majais.

Pada majlis sama, Abang Johari yang merupakan ADUN Gedong turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kawasan itu yang memberi sokongan padu kepada beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak baru- baru ini.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Naroden yang telah bekerja kuat di Gedong bersama-sama dengan kita,“ katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan