Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nenek muda sebagai rider dalam #SUARAWANITA TVS

PADA kebiasaannya, kerjaya penghantar makanan atau rider lebih banyak dilakukan oleh anak muda yang baharu sahaja menamatkan pengajian atau mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa akibat serangan pandemik COVID-19.

Yang jelas juga ialah kaum lelaki lebih ramai dilihat ‘menguasai’ jalan di sekitar pusat bandar dengan menunggang motosikal membawa kotak mengisi makanan berwarna hijau milik Grab atau beruniform pink bagi pekerja Food Panda.

Namun kisah rider yang seorang ini sedikit berbeza apabila uniform berkenaan disarung seorang nenek muda , membuktikan wanita era kini juga berjiwa kental melakukan apa sahaja pekerjaan.

Kisah Nur Aryani Umar, ibu tunggal kepada tiga anak dan memiliki seorang cucu ini agak menarik untuk dikongsi kerana sebenarnya dia turut mempunyai pekerjaan tetap yang lain.

Nur Aryani menggabungkan ‘minat’ menunggang motosikal untuk bergelar rider dan pada masa sama dapat menjana pendapatan tambahan dengan bekerja sebagai penghantar makanan yang ‘bernaung’ di bawah label Food Panda.

” Sebenarnya saya bekerja di sebuah kilang dan mula bekerja sebagai penghantar makanan pada Oktober tahun lepas,” katanya.

Kisah penuh nenek muda rider ini boleh anda saksikan menerusi program Suara Wanita Musim ke 3 pada Selasa jam 9.30 pagi di TVS saluran 122 Astro & MYTV yang dikendalikan oleh Sharon Kezia.

Apakah cabaran lain yang ditempuhi wanita kental ini dalam kerjayanya?

Dikejar anjing liar, menghantar makanan pada waktu malam atau basah lencun ‘disiram’ air hujan?

Saksikan kisah lengkap seperti maklumat tertera di atas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan