Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jin Wei kemuka rayuan kepada BAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan : Bekas juara badminton remaja dunia Goh Jin Wei mengikut jejak pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii  Jia mengemukakan rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan penggantungan selama dua tahun yang dikenakan ke atasnya.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata pemenang pingat emas  Sukan Olimpik Remaja Dunia 2018 itu menghantar surat rayuan berkenaan melalui e-mel pada Selasa.

“Kami baru sahaja  menerima surat rayuan daripadanya semalam. Oleh itu, kita akan melalui proses yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jin Wei, mengumumkan persaraan dan keluar dari BAM pada September tahun lepas sebelum bergerak sebagai profesional dan digantung daripada beraksi di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 31 Okt 2021.

Pada Isnin, Zii Jia mengemukakan surat rayuan berhubung penggantungan selama dua tahun oleh BAM berikutan tindakannya meninggalkan badan induk sukan itu.

Semalam, kedua-dua pihak  mengadakan pertemuan berhubung rayuan dikemukakan yang membawa kepada keputusan yang baik. 

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi restu kepada Zii Jia untuk menjadi pemain profesional.

“Saya gembira kami dapat selesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional,” kata Zii Jia melalui hantaran di Facebook semalam.

Pada Jumaat, Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunos mengumumkan bahawa BAM tidak akan mendaftar Zii Jia dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan.

Keputusan itu dibuat selepas pemain berusia 23 tahun itu meninggalkan BAM untuk menjadi pemain  profesional pada 11 Jan dan mengatakan tidak mampu berdepan tekanan dan ‘gaya hidup’ di BAM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan